Wednesday, August 27, 2008
that star, i yearn to be
sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang menarik perhatian?
sudah tentu bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya.
oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi 'bintang' supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan di dada langit.
umat Islam adalah umat terbaik.
dalam erti kata lain, semua muslim dan muslimah adalah BINTANG.
bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Tuhan.
namun tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan.
bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredaannya.
bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK. menjadi muslim terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status muslim terbaik.
ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan perterjemahan diri selaku muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.
walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menajdi BINTANG Muslim terbaik.
mulakanlah is sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan akhirat.
(jazakillah to my sister in islam for this book. you don't know how much it means to me.
this is such a meaningful gift indeed.
may Allah bless you and your loved ones in this dunya and hereafter. Ameen!)
Wednesday, August 27, 2008