Wednesday, November 21, 2007


S A H A B A T
seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya
oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat
(hadis riwayat abu daud dan tarmizi dan baihaqi)
perumpamaan dua orang yang bersahabat itu ialah seumpama kedua belah tangan,
di mana yang satu membasuh yang lain
(hadis riwayat abu mansor ad dilami)
saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu
(di waktu senang dan susah)
dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu
dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian
(sayyidina ali bin abu talib r.a.)
berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka
mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong
rendahkan dirimu tetapi bukan kerana hina
(ahli hikmah)
berhati-hatilah daripada musuhmu
dan
berhati-hatilah daripada sahabatmu seribu kali
(qadhi ibnu ma'ruf r.a.)
barangkali sahabatmu akan bertukar menjadi musuh
pada suatu masa kelak
maka ia lebih tahu bagaimana untuk menyakitimu
(qadhi ibnu ma'ruf r.a.)
maka inilah keadaan kebanyakan orang yang telah menunjukkan persahabatan dengan mu
dan engkau mendapati jikalau seseorang itu berterus terang maka ia menganggap engkau sebagai musuhnya
janganlah engkau memberi nasihat kepada mereka selagi engkau belum melihat pada mereka tanda-tanda akan menerima nasihatmu
kalau tidak, mereka akan menolak nasihatmu
dan
kamu jadi bermusuh dengannya
rasulullah s.a.w. bersabda :
tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja
kecuali ia akan ditanya pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya,
apakah ia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak
ditukil dari kitab bidayatul hidayah (permulaan jalan hidayah) oleh imam al-ghazali r.a.
MASYAALLAH MASYAALLAH MASYAALLAH
Wednesday, November 21, 2007

HER ROYAL HIGHNESS .


A Woman Contented

Seeking Allah

Lives by the motto: "There's always a first time to everything. Never try, Never know!

Loves Life, Loves Him and His Mesenger Most

Her soulmate, Her Zuriat, Her family and her friends is her ticket to Jannah

Disclaimer:
This is my own space,
My own words,
My little world.
Tak suker takper, tak pakser

g25sg@hotmail.com
friendster.com/g25sg

THE JUKES .



NOT TOO LONG AGO .

THE LINKS .

ISLAM, THE ONLY WAY TO GO.

MY BLISS





Powered by Blogger

Online Casino