Wednesday, August 22, 2007
Fadhilat Sya'ban
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., sabda baginda bermaksud :
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalma bulan Sya'ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)"Itulah bulan (Sya'ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam..." (hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)Sayidatina Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta'ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing bani kalb)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :Dinamakan Sya'ban kerana dalam bulan tersebut terdapat amat banyak kebajikan; dan puasa yang lebih afdhal ialah puasa dalam bulan Sya'ban.Sabda Rasulullah :Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya.Allah SWT berfirman :
Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya."Insyaallah mudah mudahan kita semua mendapat berkatNya.Rasulullah berpesan "sebarkanlah ajaranku walaupun sebaris ayat"Masyaallah.
Wednesday, August 22, 2007