Saturday, March 17, 2007
Di ambil dari Berita Harian, Jumaat 16 Mac '07 - ditulis oleh Mohd Yusof Hassim :-
Manusia ciptaan Allah tidak dapat lari daripada setiap ujian-Nya
Bentuk ujian diberi Allah ternyata berbeza di antara satu sama lain
Ada manusia diuji dengan musibah dan ada pula dengan kemewahan dan hidup bersenang-lenangKedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur
Jika manusia ingkar daripada bersabar dan bersyukur, maka Allah akan mencabar golongan ini melalui sebuah hadis qudsi bermaksud:
Jika Aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan jika Aku menguji kamu dengan kenikmatan, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lainHakikatnya, apa jua pergolakan berlaku dalam hidup, manusia tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan
Jika dilihat, sikap bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukurLazimnya manusia yang ditimpa musibah akan menempuh kesusahan, keresahan, tekanan penderitaan emosi dan sebagainya
Tetapi bersyukur itu kelihatan mudah dilaksanakan berbanding bersabar kerana lazimnya manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan
Bersyukur bukan semudah melafazkan 'Alhamdulillah'Namun, setiap manusia yang dilimpahi nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan
Selain lidahnya tidak henti melafazkan 'Alhamdulillah', hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat yang diterima itu adalah daripada Allah
Nikmat itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang amaranRasa bersyukur itu tidak terhenti setakat dengan pengakuuan lidah dan hati saja, malah seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar wujud dan ternyata
Allah memberikan kekayaan material, maka manusia harus mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai-Nya di samping membantu golongan berhajat yang tidak bernasib baik
Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah tanpa menyandarkan segala-galanya sebagai milik dan usaha sendiri
Justeru, pentingnya manusia memahami betapa sukarnya bersyukur seperti dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Surah Ibrahim:7)Lazimnya, manusia yang ditimpa musibah akan memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan sama ada untuk pasrah atau mencabar keadilan Allah
Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh, tidak mungkin dia menafikan keadilan Allah yang memberikan musibah dan kesusahan kepadanyaSelagi manusia memilih untuk taat pada perintah Allah, maka mereka pasti berupaya mengimbangi tuntutan bersyukur dan sabar dalam diri mereka
Saturday, March 17, 2007