Wednesday, January 10, 2007


wanita : akalnya senipis rambut..

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah
Wednesday, January 10, 2007

HER ROYAL HIGHNESS .


A Woman Contented

Seeking Allah

Lives by the motto: "There's always a first time to everything. Never try, Never know!

Loves Life, Loves Him and His Mesenger Most

Her soulmate, Her Zuriat, Her family and her friends is her ticket to Jannah

Disclaimer:
This is my own space,
My own words,
My little world.
Tak suker takper, tak pakser

g25sg@hotmail.com
friendster.com/g25sg

THE JUKES .



NOT TOO LONG AGO .

THE LINKS .

ISLAM, THE ONLY WAY TO GO.

MY BLISS





Powered by Blogger

Online Casino