Friday, November 17, 2006
I borrowed this book titled 17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki. I would like to share part of the content with fellow bloggers especially Muslim women. Everyday when we go to work we are faced with dilemma on having to leave our kids with someone - maid, grandparents, babysitters, childcare. Hope what I share with you can help to shed some light for us so called working mothers.
Kita hari ini hidup dalam masyarakat moden, sistem komputer sudah mempengaruhi hidup manusia.
Semuanya mesti berkejar-kejar agar tidak ketinggalan hingga memaksa ibu dan bapa bekerja sepenuh masa atau lebih masa untuk menjaga status, hingga anak-anak mereka dibiakan membesar dan diurus oleh orang gaji; jiran yang menjaga atau ditempakan di nurseri seperti anak-anak ayam yang ditetas oleh kuasa elektrik.
Hari ini kebanyakan suami isteri tidak suka ibu atau bapa masing-masing pihak tinggal bersama. Mereka lebih rela orang gaji tinggal bersama mereka atau hantar sahaja anak ke mana-mana yang sanggup menjaga mereka.
Dan isteri ikut sama keluar pagi-pagi buta ke tempat kerja bersama suami atau pergi sendiri. Balik sebelah petang atau malam mereka terpaksa juga menyediakan makan malam, jika malas cari jalan ringkas seperti beli sahaja makanan yang dijual di luar atau masak makanan segera walaupun tidak ada zat pada makanan itu.
Kepenatan isteri atau wanita bekejr ditambah lagi dengan masalah di tempat kerja yang terbawa-bawa ke rumah mempengaruhi keadaan hidup sosial suami isteri dan anak-anak. Melayan kehendak suami dan karenah anak-anak menambah bebannya lagik. Latar belakang ini menjadi punca utama wanita berkarier zaman moden menghadapi penyakit-penyakit yang tidak pernah diketahui pada zaman dulu.
Tergesa-gesa - Kerana hendak kejarkan masa, amalan buangan dari tubuhnya turut tergugat dan bila ini berlarutan beberapa hari maka gejala sembelit pun timbul. Peluang senaman tidak ada dan jika tidak diatasi masalah sembelit, ianya membawa kepada gejala-gejala lain seperti selalu sakit kepala, badan rasa lemah, kurang selera makan dan gastrik.
Penat - Tubuh badan terasa amat penat, tidak bermaya atau kurang bersemangat kerana tekanan kerja, stress, bebanan kerja di rumah melayan suami dan anak-anak sertai kewajipan yang lain-lain lagi.
Lemah badan - Ketidak seimbangan vitamin dalam tubuh. Amalkan kebersihan diri. Miriam Stoppard dalam bukunya Everywoman's Medical Handbook menyatakan, punca penyakit kanser pada wanita sebahagian besarnya ialah kerana tidak ada penjagaan kebersihan diri.
Actually there are many more useful information can be found in this book written by Abu Aziz Mishiri and Abu Qistina Al-Madani.
I will share with you more info in my blog.
Friday, November 17, 2006