Friday, November 17, 2006


Allah s.w.t telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya sama ada yang disukai mahu pun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa iblis dan berkata: "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap kepada Rasulullah s.aw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w dengan menyamar sebagai seorang lelaki tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Dipendekkan cerita, Rasulullah mengenali Iblis dan kerana ketakutan Iblis bahawa dia akan dibinasakan jikalau tidak berkata benar, lalu terjadilah sessi soal-jawab antar Rasulullah dan iblis.

Soalan Nabi ke-1 : "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaiman aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis : "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala mush hamba di muka bumi ini!"
Sambung Iblis : "Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat menjelma seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi Abu.
Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke-2: "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"
Jawab Iblis : "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.
Friday, November 17, 2006

HER ROYAL HIGHNESS .


A Woman Contented

Seeking Allah

Lives by the motto: "There's always a first time to everything. Never try, Never know!

Loves Life, Loves Him and His Mesenger Most

Her soulmate, Her Zuriat, Her family and her friends is her ticket to Jannah

Disclaimer:
This is my own space,
My own words,
My little world.
Tak suker takper, tak pakser

g25sg@hotmail.com
friendster.com/g25sg

THE JUKES .



NOT TOO LONG AGO .

THE LINKS .

ISLAM, THE ONLY WAY TO GO.

MY BLISS





Powered by Blogger

Online Casino